- Lain-lain
创造新时代的光辉业绩
Nota: Artikel oleh Xinhua ini diterjemah dan disunting oleh People’s Daily Online
Foto memperlihatkan sebuah prototaip kereta api laju CR450 yang sedang diuji di Beijing, ibu negara China pada 25 Februari 2025. (Xinhua/Xing Guangli)
Beberapa minggu selepas Kongres Dunia Kereta Api Laju Kesatuan Kereta Api Antarabangsa (UIC) ke-12 melabuhkan tirainya, peneraju-peneraju industri masih memberikan tumpuan terhadap pembangunan kereta api China yang pesat dan pengembangan pengaruh globalnya.
Diadakan dari 8 hingga 11 Julai di ibu negara China, Beijing, kongres tersebut menarik penyertaan lebih 2,000 individu dari lebih 60 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa. Bagi ramai peserta, acara itu menawarkan kefahaman secara langsung terhadap pencapaian China dan menyediakan satu peta hala tuju potensi untuk melonjakkan ketersambungan global.
“Dalam tempoh kurang daripada dua dekad, China telah menghasilkan sistem kereta api laju (HSR) yang paling maju dan terbesar di dunia.
“Ia membentuk semula pembangunan serantau, ekonomi dan pergerakan,” ujar Pengerusi UIC, Alan Beroud.
JARINGAN TRANSFORMASI
Jaringan HSR China meliputi sekitar 48,000 kilometer dan menghubungkan hampir semua bandar dengan populasi lebih daripada 500,000 orang, iaitu satu ‘set alat penting’ untuk pertumbuhan dan kesepaduan kebangsaan seperti yang disifatkan oleh Keven Smith, ketua pengarang Jurnal Kereta Api Antarabangsa Britain.
“Tiada siapa yang pernah melakukan pengembangan jaringan seperti ini dalam tempoh yang pendek,” kata Dennis Noble, jurutera di Queensland Rail di Australia, sambil menyatakan ia sangat patut dipuji dan boleh dijadikan contoh orang pihak lain.
Pengunjung yang menghadiri kongres itu berpeluang merasai pengalaman kereta api terkini China termasuk CR400 Fuxing dan prototaip CR450 yang berkelajuan 450 kilometer sejam, iaitu HSR terlaju di dunia.
“Kereta api baharu itu adalah moden, lebih laju dan lebih baik,” ujar Kaido Zimmermann, ketua pengarah Kereta Api Estonia.
“Saya rasa ia adalah rancangan utama untuk menghubungkan seluruh negara dan untuk mempromosi pembangunan ekonomi,” kata Smith semasa percubaan CR450, sambil memberitahu persembahan yang dilihat pada acara itu memperlihatkan bahawa terdapatnya kemahuan serius untuk mengubah geografi negara itu, mendekatkan lagi bandar-bandar yang dahulunya sangat jauh.
Penumpang mengambil foto dengan sebuah model unit pelbagai elektrik (EMU) HSR Jakarta-Bandung di ruang menunggu Stesen Halim di Jakarta, Indonesia, pada 19 Jun 2025. (Xinhua/Cen Yunpeng)
IMPAK GLOBAL YANG KIAN MENINGKAT
HSR China sudah mengubah kawasan-kawasan di sebalik sempadannya, sekali gus menyediakan sebuah model praktikal buat banyak negara.
“Banyak negara mengalami titik permulaan yang sama seperti,” kata Ulan Kulov, timbalan pengurus besar Syarikat Kereta Api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan. “Kita boleh membuatnya secara lebih laju jika kita belajar dari China kerana kita tidak perlu untuk mencipta semula dan kita boleh menggunakan teknologi sedia ada dan pergi ke hadapan dengan laju.”
“Saya benar-benar kagum dapat melihat industri kereta api yang sangat kuat yang anda miliki di sini, dan saya menjangkakan untuk melihat apa yang industri akan lakukan serta apa yang kita memanfaatkan pengalaman ini di Eropah,” kata Richard Neussl, pengarah urusan Kumpulan Pengangkutan Kontron Austria.
HSR Jakarta-Bandung di Indonesia yang dibina dengan teknologi China telah memendekkan masa daripada lebih tiga jam kepada hanya 46 minit sahaja. Kereta Api Hungary-Serbia pula telah menyingkatkan perjalanan Budapest-Belgrade daripada lapan jam kepada tiga jam sahaja.
Di Laos, Kereta Api China-Laos telah menjadi pendorong pembangunan yang utama, dengan membawa lebih daripada 52.7 juta penumpang dan 59.4 juta tan kargo setakat Mei.
“Kereta api itu secara langsung dan tidak langsung telah menyokong pembangunan sosioekonomi di Laos, dan melonjakkan pendapatan penduduk yang tinggal di sepanjang laluan itu,” ujar Daochinda Siharath, pengarah urusan Pihak Berkuasa Kereta Api Kebangsaan Laos.
Tetamu saling berkomunikasi semasa Kongres Dunia Kereta Api Laju Kesatuan Kereta Api Antarabangsa (UIC) ke-12 di Beijing, ibu negara China pada 8 Julai 2025 dengan bertemakan ‘Kereta Api Laju: Inovasi dan Pembangunan untuk Kehidupan Lebih Baik’. (Xinhua/Xing Guangli)
KOLABORASI YANG LEBIH PADU
Tahun ini menandakan kali kedua China menganjurkan kongres itu sejak pelancarannya oleh UIC pada 1992. Dianjurkan setiap dua ke tiga tahun sekali, acara itu kini kekal menjadi tempat berhimpun utama bagi sektor HSR.
Kongres itu juga menekankan inovasi dan pembangunan bersama. Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing dalam ucaptamanya berkata bahawa China akan menyumbang lebih banyak kebijaksanaan, teknologi dan penyelesaian kepada pembangunan HSR di seluruh dunia.
Zhang menambah bahawa China bersedia untuk berkongsi pengalamannya dalam pembinaan dan operasi HSR, dan bekerjasama dengan negara lain untuk mempromosikan aplikasi teknologi termaju dalam sektor itu.
Firma Jepun, Hitachi NICO Transmission iaitu rakan kongsi lama di China turut menonjolkan peluang baharu pada pameran itu.
“Dalam lebih 40 tahun yang lalu, melalui pembangunan kami di China, kami dapat merebut peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata presidennya, Matsui Shiro.
“Inisiatif Jalur dan Laluan telah membuka pintu baharu untuk usaha sama China-Jepun dalam pasaran pihak ketiga. Kami melihat prospek hebat untuk perkongsian berkesan dalam banyak bidang,” tambah beliau.
Dari masa ke masa, HSR China semakin dilihat sebagai model berskala, yang bukan sahaja dibina pada keluli dan kelajuan, tetapi juga pada strategi jangka panjang dan perkongsian antarabangsa.
- Ikuti Pelajar Malaysia Naik Rel Hangzhou-Wenzhou
- China Akan Sumbang Lebih Banyak Kebijaksanaan, Teknologi Buat Pembangunan HSR Global
- Rel China Catat Rekod Dengan 1.46 Bilion Perjalanan Dalam 4 Bulan
- Prototaip CR450, HSR Paling Laju China Buat Kemunculan Sulung di Beijing
- Jaringan HSR China Sepanjang 47 Ribu Kilometer dalam Keadaan Operasi
- HSR Baharu Laluan Shanghai-Suzhou-Huzhou Mula Beroperasi Esok
- Operasi Harian Tren Buatan China di Lagos, Nigeria
- Laluan Baharu HSR di Delta Sungai Yangtze Masuki Fasa Percubaan
- Genap Setahun HSR Jakarta-Bandung Beroperasi
- HSR Rizhao-Lankao Beroperasi Sepenuhnya