- Lain-lain
旅游公司擅自伐木 园林绿化局未及时补种被判违法
Foto memperlihatkan kraf tangan sulaman yang dihasilkan menggunakan Panxiu, iaitu gaya sulaman tradisional yang berusia ribuan tahun dan unik buat kumpulan etnik Tu di kaunti autonomi Tu Huzhu di Provinsi Qinghai, barat laut China. (Foto oleh People’s Daily APP)
Panxiu, gaya sulaman tradisional berusia ribuan tahun dan unik buat kumpulan etnik Tu di Kaunti Autonomi Tu Huzhu di Provinsi Qinghai, barat laut China kini sedang mendakap inovasi dan mendorong pembaharuan semula luar bandar.
Kraf sepanjang zaman tersebut dianggap sebagai ‘gen kebudayaan’ yang penting bagi kumpulan etnik Tu, dengan motif yang pelbagai, mencerminkan nilai dan falsafah kehidupan masyarakat Tu.
Bunga matahari, motif Panxiu yang paling ikonik, berkait rapat dengan penyembahan matahari nenek moyang Tu. Dalam mitos penciptaan Tu, matahari dimuliakan sebagai sumber kehidupan.
Motif bunga matahari dalam Panxiu menampilkan garisan-garisan yang menyinar seakan-akan sinaran mentari, manakala lapan lapisan kelopak pula terkandung hajat purba kala untuk keharmonian dan keamanan sejagat.
Kombinasi biasa motif seperti bunga matahari dengan bunga peony dan kupu-kupu, iaitu simbol kepada kecerahan, keharmonian dan kesejahteraan.
“Bunga matahari perlu sentiasa dijahit menghadapi matahari, seperti sebagaimana kita sentiasa melihat ke arah kebaikan dan kecerahan dalam kehidupan,” ujar Zhang Zhuomashijie, seorang penyulam tempatan sambil membentuk bunga matahari.
Kesemua motif tersebut dipelihara baik dalam buku corak ilustrasi Panxiu, sekali gus menjadi ‘fosil hidup’ yang membolehkan penyelidik mengkaji warisan Tu.
Foto menunjukkan kraf tangan yang disulam menggunakan Panxiu, iaitu gaya sulaman tradisional yang berusia ribuan tahun dan unik buat kumpulan etnik Tu di kaunti autonomi Tu Huzhu di Provinsi Qinghai, barat laut China. (Foto oleh People’s Daily APP)
Pada 1990-an, apabila kewujudan mesin sulaman seolah-olah menguji kelangsungan kemahiran tradisional, Panxiu hampir tenggelam daripada kehidupan manusia.
Bertekad untuk terus menghidupkan warisan tersebut, penyulam yang lebih tua telah mengembara dari kampung ke kampung, menghimpunkan golongan wanita untuk mengajar seni itu menggunakan cahaya lampu kerosin.
“Sekiranya Panxiu hilang, kami akan kehilangan sebahagian daripada asal usul kami,” ujar mereka. Kecintaan budaya yang mendalam itu telah membantu khazanah budaya masyarakat Tu untuk terus bertahan.
Pada 2006, Panxiu diangkat sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan China, sekali gus memberi dorongan kuat kepada pengukuhan semula kraf tradisional tersebut.
Hari ini, artisan muda sedang menginovasi untuk mengangkat lagi tradisi tersebut.
Dengan memasukkan motif bunga matahari ke dalam hiasan dan pakaian moden, mereka telah membangunkan produk kreatif dan kebudayaan seperti selendang dan beg galas dengan bunga matahari dan menampilkan hasil jahitan tradisional yang penuh rumit.
Gabungan tradisi dan kreativiti telah memberikan nafas baharu kepada Panxiu, secara tidak langsung memacu lagi usaha untuk menerokai ke dalam khazanah kebudayaan.
Pada masa kini, Panxiu telah menjadi industri yang mendorong pendapatan buat ribuan isi rumah di Kaunti Autonomi Tu Huzhu, dengan ramai penduduk kampung menjadikan ia industri istimewa dan sebuah enjin pembangunan.
Foto memaparkan kraf tangan yang disulam menggunakan Panxiu, iaitu gaya sulaman tradisional yang berusia ribuan tahun dan unik buat kumpulan etnik Tu di kaunti autonomi Tu Huzhu di Provinsi Qinghai, barat laut China. (Foto oleh People’s Daily APP)
Kampung Banyan di pekan Wushi, Kaunti Autonomi Tu Huzhu misalnya telah menggunakan model pembangunan Panxiu yang menekankan peri penting terhadap pewarisan warisan kebudayaan tidak ketara dan memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan penduduk.
Persatuan Panxiu kampung Banyan telah melabur sebanyak RMB3 juta (sekitar AS$419,345) untuk menubuhkan taman perindustrian Panxiu yang khusus, dan dioperasikan di bawah model yang menampilkan kolaborasi dalam kalangan perusahaan, pangkalan pengeluaran tempatan dan isi rumah.
Dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada 145 penyulam, termasuk 93 daripada keluarga yang dahulunya miskin, taman perindustrian itu telah membangunkan lebih 500 jenis produk kreatif dan kebudayaan.
Ia memenuhi lebih 75,000 tempahan produk untuk syarikat-syarikat termasuk Vipshop, iaitu peruncit diskaun dalam talian utama di China, yang menjana hasil pendapatan sebanyak RMB3 juta.
Pekerja dari taman perindustrian kini sedang mengeksport ke Eropah dan Amerika Utara, seterusnya menjadi ‘kad nama’ kepada budaya etnik Tu, selain turut menambah pendapatan tahunan lebihan kepada penyulam sebanyak lebih RMB7,000.
Pada 2023, taman perindustrian telah dikenali sebagai ‘pangkalan demonstrasi kebangsaan buat pembasmian kemiskinan wanita’.
Manakala, penyepaduan sulaman dan pelancongan telah membuka peluang pembangunan yang baharu.
Di taman tema budaya rakyat Tu tempatan yang dinamakan ‘Rainbow Tribe’, para penyulam mempamerkan kemahiran masing-masing di tapak, sementara pelancong pula boleh mencuba sendiri menjahit bunga matahari dan membawa pulang hasil sulaman masing-masing.
Pengalaman penuh mengasyikkan tersebut telah mendorong kepada ekonomi tempatan, sambil mempromosi budaya tradisional, dan mencipta kitaran pertumbuhan yang baik.
- Jinxi, “Muzium Kampung Purba Tanpa Dinding Pembatas”
- Makam Diraja Xixia China Diiktiraf Tapak Warisan UNESCO
- Liu Kumpul 500 Akik Antik, Lindungi Warisan Budaya Hakka Chongqing
- Groto Maijishan, Kesenian yang Terukir di Cenuram
- Groto Mogao, Naratif Tamadun Jalan Sutera
- Bengkel Warisan Kebudayaan China Dorong Pengukuhan Semula Luar Bandar, Pengambilan Kerja
- Tukang Kraf Berumur 68 Tahun Pastikan Teknik Pembuatan Bot Shaoxing Terus Hidup
- Bank Negara China Bakal Lancar Syiling Kenang-kenangan, Tampilkan Khazanah Negara
- Ikut Jejak Xi Jinping Di Empat Groto Utama China
- Presiden Xi Tinjau Groto Longmen di Henan